Kita perlulah menjadi seorang insan yang berjaya jika kita mahu menikmati apa itu nikmat kehidupan...
Kadangkala kita akan merasa cemburu melihat seseorang yang mampu memiliki sebuah kereta mewah, rumah yang besar dan sebagainya.
Semuanya bermula dari usaha kita untuk mencapai segala yang kita inginkan.Tetapi ingat, kejayaan tidak akan datang dengan sendirinya tanpa usaha yang jitu.
Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa orang lain boleh berjaya
tetapi bukan diri anda sendiri. Sekiranya anda tidak dapat mengenalpasti
puncanya, mungkin anda akan terus hanyut daripada mengecapi kejayaan.
Memang agak sukar untuk memahami samaada
kejayaan atau kegagalan yang mungkin anda terima. Kebolehan semulajadi
atau bakat berkemungkinan memainkan sedikit peranan dalam hal ini.
Tetapi anda harus ingat, hasil daripada kajian menunjukkan kejayaan
seseorang bukan bergantung terhadap siapa mereka, tetapi apa yang mereka
telah lakukan.
Lebih spesifik
Apabila anda cuba untuk menetapkan
sesuatu matlamat di dalam kehidupan, anda seharusnya menetapkan matlamat
itu dengan cara yang lebih khusus. Sebagai contoh, “pada bulan hadapan
aku akan menurunkan berat badan”. Kelihatan matlamat anda masih
samar-samar lagi sekiranya meletakkan matlamat seperti itu. Sebaiknya
anda meletakkan matlamat “pada bulan hadapan aku akan menurunkan berat
badan sebanyak 5kg”. Ia kelihatan anda lebih tegas untuk mencapai
matlamat anda dan akan berusaha untuk mencapai matlamat yang telah
ditetapkan.
Elemen masa adalah peranan penting untuk anda mencapai sesuatu matlamat
itu. Pasti anda semua telah terikat dengan rutin harian yang perlu
dilakukan. Sebagai contoh, anda ingin menurunkan berat badan, tetapi
pekerjaan anda menjadi penghalang. Anda perlu merancang setiap hari
sabtu dan ahad anda perlu untuk pergi bersenam. Inilah merupakan saat
yang paling sesuai untuk anda bertindak. Sekali lagi, ketika anda
merancang masa yang sesuai untuk bertindak, ia juga perlu lebih khusus
seperti setiap hari sabtu dan ahad berbanding setiap hujung minggu.
Pemantuan terhadap usaha yang telah anda lakukan amat penting untuk
memastikan anda sentiasa bermotivasi untuk mencapai matlamat yang
diinginkan. Ianya boleh dilakukan samaada dari segi harian, mingguan
ataupun bulanan. Sebagai contoh anda ingin menurunkan berat badan
sebanyak 5kg pada bulan hadapan, tetapi daripada pemantauan anda agak
mustahil untuk mencapainya. Anda perlu bijak untuk menukar perancangan
seperti menambahkan hari untuk anda bersenam. Jika sebelum ini anda
hanya bersenam setiap hari sabtu dan ahad, mungkin anda boleh tambahkan
hari isnin, rabu, dan jumaat setelah anda habis melakukan kerja anda
akan pergi bersenam.
Ketika anda menentukan
sesuatu matlamat itu, anda perlu juga memikirkan adakah anda benar-benar
yakin mampu untuk mencapainya. Ini adalah kerana keyakinan dapat
membantu untuk mengekalkan momentum motivasi anda. Tetapi anda tidak
boleh memandang mudah untuk mencapai sesuatu matlamat itu.Untuk mencapai
matlamat memerlukan masa, perancangan, usaha, dan ketekunan. Kajian
menunjukkan bahawa sekiranya anda berfikir dengan mudah akan berjaya
untuk mencapai sesuatu matlamat akan membuatkan anda tidak bersedia
untuk perjalanan lebih ke depan, dan ia juga akan meningkatkan
kemungkinan kegagalan.
Yakin terhadap kebolehan diri sendiri
Percaya
bahawa anda mempunyai kebolehan untuk mencapai sesuatu matlamat itu
adalah penting tetapi anda perlu yakin juga bahawa anda mempunyai
kebolehan itu. Kebanyakan orang menganggap bahawa kebolehan adalah suatu
anugerah semulajadi dan ianya bersifat tetap untuk orang yang terpilih
sahaja. Apa yang mereka lakukan tidak akan dapat mengubah kebolehan yang
sudah ada pada mereka. Dan disinilah titik yang ramai memilih untuk
berputus asa, tetapi mereka sebenarnya silap. Kebolehan seseorang boleh
dibentuk melalui pelbagai cara. Hanya keinginan yang bersungguh-sungguh
sahaja akan melepasi tahap ini. Anda seharusnya lebih fokus untuk
mencapat sesuatu matlamat yang telah ditetapkan berbanding daripada
memikirkan kelemahan dan kekurangan pada diri sendiri.
Keinginan yang bersungguh-sungguh
Anda perlu
bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat anda walaupun ia mengambil
satu jangka masa yang panjang, tambahan pula sekiranya ketika anda
mempunyai kesulitan. Seseorang yang tidak mempunyai keinginan yang
bersungguh-sungguh pasti akan lebih untuk memikirkan ketidakupayaan
mereka untuk berjaya. Sekiranya anda hanya meragui ketidakupayaan anda
sahaja, adakah anda merasakan matlamat anda akan tercapai? pasti tidak
kerana sebelum berjuang lagi anda sebenarnya sudah menyerah kalah.
Apabila anda sudah menetapkan sesuatu matlamat itu, lakukannya dengan
bersungguh-sungguh. Abaikan segala suara sumbang yang mungkin akan
menurunkan semangat anda dan terus maju ke hadapan.
Kesihatan
Anda perlu sedar bahawa kesihatan juga
memainkan peranan penting untuk anda berjaya. Bayangkan sekiranya anda
mengalami masalah kesihatan, adakah anda merasakan anda mampu untuk
mengambil tindakan yang lebih baik untuk mencapai matlamat? Pasti tidak,
ianya akan menggangu terhadap persembahan tindakan yang anda lakukan.
Berkemungkinan jika sekiranya masalah kesihatan anda lebih teruk, anda
sendiri tidak mampu untuk mengambil apa-apa tindakan. Semakin kurang
tindakan yang anda ambil bermakna semakin jauh anda daripada mengecapi
kejayaan. Menjaga kesihatan telah menunjukkan bahawa anda telah
mengambil satu langkah untuk berjaya. Teruskan dengan langkah-langkah
yang seterusnya dan mungkin kejayaan milik anda.
Kekalkan fokus
Mengekalkan fokus anda terhadap
matlamat yang ingin dicapai juga merupakan elemen penting sebelum
mengecapi kejayaan. Anda seharusnya lebih untuk memfokuskan terhadap
perkara positif yang mampu untuk menguatkan semangat anda untuk terus
lebih berusaha berbanding daripada memikirkan perkara-perkara negatif.
Sekiranya anda terus fokus untuk berfikiran positif, ia bermakan semua
masalah pasti anda dapat atasi dengan penyelesaian yang terbaik. Sebagai
contoh, sekiranya anda ingin berhenti merokok, anda perlu lebih fokus
terhadap tindakan-tindakan yang perlu anda lakukan untuk berhenti
merokok. Inilah yang dikatakan pemikiran yang positif. Sekiranya anda
hanya memikirkan terhadap keinginan anda untuk berhenti merokok sahaja
tanpa memikirkan tindakan yang perlu diambil untuk berhenti, ini adalah
merupakan pemikiran negatif.
Seperti yang anda semua ketahui, manusia
hanya mampu merancang tetapi tuhan yang menentukan. Sekiranya anda telah
berusaha yang terbaik tetapi masih lagi menemui kegagalan, anda
seharusnya lebih kuat untuk berusaha dan bukannya berputus asa. Terdapat
banyak lagi bidang yang mungkin anda boleh ceburi. Anda sepatutnya
memahami bahawa sekiranya anda gagal, anda telah mempelajari satu
pelajaran bagaimana untuk menjadi lebih berjaya. Hidup adalah suatu
perjalanan dan sekiranya anda tidak mengalami kegagalan, pasti anda
sendiri tidak mengetahui apakah nikmat kejayaan yang sebenar. Anggap
sahaja kegagalan hanya merupakan satu proses pembelajaran untuk anda
lebih berjaya. Jangan sesekali berhenti untuk melakukan sesuatu usaha.